Hi, saya Dr Amira atau lebih dikenali sebagai Dr Hottzzz. Saya seorang doktor estetik yang percaya kecantikan bukan sekadar tentang rupa. Saya membantu wanita menjaga kulit, kesihatan dan keyakinan diri supaya mereka boleh menjadi versi terbaik diri mereka.
Kepakaran perubatan sebenar, bukan sekadar rawatan kecantikan.
Trusted & experienced across leading clinics
Nama saya Dr Amiratul Nabilah, tapi ramai lebih mengenali saya sebagai Dr Amira atau Dr Hottzzz. Saya seorang doktor estetik dengan pengalaman lebih 15 tahun dalam perubatan, dan lebih 6 tahun dalam bidang aesthetic medicine.
Namun bagi saya, tugas seorang doktor bukan sekadar melakukan rawatan kecantikan. Saya percaya setiap wanita berhak memahami kulit, kesihatan dan pilihan yang mereka buat. Sebab itu saya aktif berkongsi ilmu supaya wanita lebih yakin membuat keputusan berdasarkan fakta, bukan sekadar trend.
Bila seorang wanita sihat dan yakin dengan dirinya, impaknya bukan hanya pada diri sendiri, tapi juga kepada keluarga dan komuniti di sekelilingnya.
Lihat cara kerja saya →Saya bantu wanita memilih rawatan & pelan penjagaan yang sesuai mengikut keadaan kulit dan kesihatan mereka.
Setiap konsultasi melihat keseluruhan keadaan anda: masalah kulit, gaya hidup, pemakanan, tidur & stress, dan hormon (jika berkaitan). Barulah saya cadangkan pelan yang betul-betul sesuai untuk anda.
Rutin di rumah yang betul, dari basic sampai advance skincare, supaya hasil rawatan lebih tahan lama.
Kulit yang sihat bermula dari dalam. Jika perlu, saya cadangkan juga:
Nak faham kulit sendiri, bukan sekadar beli skincare? Melalui Glow & Glam Skin Class, saya kongsi ilmu yang praktikal & mudah difahami secara berkumpulan, sesuai untuk wanita yang nak belajar jaga kulit dengan cara yang betul.
Growth tak berlaku seorang diri. Saya sentiasa terbuka untuk berkenalan & berbincang dengan individu atau business yang ada visi sama: MUA, beautician, coach, clinic owner, KOL & ramai lagi.
Collaboration · Workshop & Event · Health Talk · Beauty Class · Women's Community · Business Growth · Referral Partnership. Jom kita sembang sambil minum kopi.
Book a Coffee Session
Bila wanita bersatu, kita jadi lebih kuat. Sertai komuniti wanita yang saling menyokong, dari kesihatan, kerjaya, sampai keyakinan diri. Di sini, tiada siapa berjalan sendirian. Kita naik sama-sama.
Jom sertai komuniti →Nak book rawatan atau nak tanya dulu, hantar je WhatsApp, saya balas secepat mungkin. No pressure, no hard-sell.